
"Sangat berbesar hati dengan minat pihak swasta untuk sama-sama menambah nilai kota bersejarah Melaka ini, dengan membina sebuah perbandaran filem yang dulu hanya dapat kita lihat di luar negara saja. Kita berbangga kerana syarikat tempatan, Fine Leisure Sdn mahu membangun sebuah Film City yang bakal menambah lebih ramai pelancong ke negeri ini.
Kerajaan bersedia menjualkan tanah seluas 21.668 hektar di Green City Hang Tuah Jaya, kerana percaya, denngan konsep yang dimajukan kepada kita. Malah kerajaan negeri akan menyediakan infrastruktur, iaitu jalan raya sepanjang 2 kiilometer bagi melancarkan lagi projek ini.
Dalam masa tiga tahun lagi Melaka boleh berbesar hati kerana mempunyai Film City sendiri." - Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam, dalam ucap ringkasnya ketika menyaksikan majlis tandatangan pembelian tanah Laman Seni Film City, di Ayer Keruh, Melaka, 11th Dec 2010.